Ini adalah pemandangan biasa bagi kebanyakan stesyen minyak di Iran ataupun nama glamournya "pump benzin" (benzin=petrol). Walaupun negara ini kaya dengan minyak tetapi miskin dari kemudahan dan penyediaan stesyennya. Akibat kekurangan stesyen minyak, kesesakan selalu berlaku kadang-kadang boleh sampai 1km berderet kenderaan menunggu giliran. Kadang-kadang ada juga yang hilang sabar dan selalu bertekak. Kemudahan untuk pelanggan seperti tandas awam amatlah menyedihkan. Tak sanggup aku kalau nak melepas kat tandasnya, sanggup aku tahan sampai balik office ataupun hotel.
Hampir kesemua stesyen disini tidak menyediakan mini market, so jangan haraplah nak beli jajan ataupun air minum. Untuk kemudahan pump tayarpun tak pernah aku jumpa. Kalau nak pump tayar kena pergi kekedai tayar atau bengkel kereta dan munkin dikenakan bayaran. Petrol lama (merah) adalah menjadi pilihan utama orang-orang disini. Disebabkan itulah pencemaran udara di Tehran amatlah ketara. Dari jarak 10-15km sebelum sampai ke kota Tehran kita boleh nampak suasana yang agak kelabu dan kelam di ruang udaranya.
Petrol di Iran memang tersangatlah murahnya jika menggunakan kad subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyatnya, seliter = Rials 1000.00 (RM0.40). Di Iran kita takkan jumpa Shell, Caltex, Esso dan jenama yang lain. Hampir semua stesyen minyak dan pembekal disini dimonopoli oleh syarikat kerajaannya. Khoda hafez..
2 comments:
assalamualaikum.. :) melihatkan keadaan di sana.. serasa betapa bersyukurnya saya tinggal di malaysia.. xgitu encik zamry?
Salam,
1 bulan saya berada di sana dan melawati banyak tempat-tempat seperti Tehran, Yadz, Isfahan, Tabriz dll, tetapi tandas saya pergi berkeadaan bersih walaupun cuma hentian kecil dalam perjalanan
Post a Comment