Masjid Saeed Muzaffar, Bandar Abbas Iran. Dihiasi dengan kain berwarna hitam dan tulisan2
kesyahidan Saidina Hussin sebagai tanda berkabung.
Karbala adalah sebuah daerah yang terletak di Iraq.
Dalam memperingati kesyahidan Hussain ini, sepuluh hari pertama bulan Muharam merupakan saat kesedihan yang amat mendalam bagi penganut ajaran Syiah. Bagi memperingatinya, penganut Syiah mengadakan majlis ratapan, perarakan umum, dan kegiatan-kegiatan lain. Kemuncak peringatan ini ialah bermula pada tanggal 10 Muharam di mana Hussain terbunuh yang dikenali pula sebagai hari Asyura.
Tujuan kegiatan ini adalah untuk mengingatkan peristiwa Karbala secara eksistensi dan dramatis bagi merangsang mengalir keluarnya air mata kesedihan para penganutnya. Air mata ini sebagai tanda kesedihan dan ratapan atas kesyahidan Imam Hussain.
Di seluruh dunia Islam, terdapat berbagai-bagai acara yang dihubungkan dengan kedukaan penganut Syiah pada 10 Muharam ini. Di Iran, pada malam kesepuluh bulan Muharam atau lebih dikenali malam Asyura, hampir seluruh masyarakat kota Teheran, turun ke jalan untuk mengadakan perarakan mengingati tragedi Karbala, Mereka membaca syair-syair tentang Imam Hussain dengan diiringi paluan gendang sebagai tanda kesedihan.
Pada 1 hingga 10 Muharam hampir semua penduduk di kota Teheran berpakaian hitam tanda dukacita. Walaupun mereka masih melakukan aktiviti kerja. Bukan hanya pakaian mereka sahaja, tetapi kota-kota besar di Iran kebanyakannya dihiasi dengan sepanduk-sepanduk berwarna hitam dengan tulisan "Hussain bithatu minni waman idha'aha laqod adhani", "al-Hassan wal al-Hussain syababun Ahlil jannah," "Anal Hussain As misbahulda wa safinatunnajah." (Hussain adalah darah dagingku barang siapa yang menyakiti bererti menyakitiku, Hassan dan Hussain adalah penghulu para pemuda syurga, Hussain adalah pelita penerang dan perahu penyelamat.)
Tidak ada fakta jelas mengenai asal-usul upacara itu. Para ulama apabila ditanya hanya menjelaskan tentang disunatkan puasa pada hari Asyura itu. Mengapa? Kerana hari itu adalah hari pertolongan Allah kepada para Nabi dalam menghadapi orang-orang yang zalim. Pada hari Asyura, Nabi Ibrahim lepas daripada api Namruz, Nabi Yunus keluar dari perut ikan, Nabi Musa bebas daripada kerajaan Firaun, dan Nabi Muhammad selamat daripada diracuni oleh orang Yahudi. Bagi umat Islam yang soleh mereka melaksanakan puasa Asyura sebagai ungkapan syukur atas kemenangan para nabi.
Sumber dipetik dari : www.asyraaf.net
0 comments:
Post a Comment