Jul 29, 2008

Kenangan 6 tahun lalu









Kalau 6 thn lalu di waktu yg sama ibu baru selamat melahirkan seorang putera yg sihat, comel & yg penting seorang putera. Ibu bersyukur sgt walaupun mengikut perkiraan doc. a.zik akan lahir lg 2 minggu. Emm..hati ibu berdebar2 bila pg 24/7/02 tu seperti biasa ketika ibu sedang bersiap2 hendak ke opis tiba2 ibu terasa sesuatu. Ibu suruh abah hantar ibu ke Hospital Selayang. Memandangkan kedudukan a.zik ketika itu songsang jadi ibu telah ditahan di wad walaupun masa tu baru 2cm bukaannya. Doc. takut kalau2 apa2 terjadi. Emmm..hampir 4 hari ibu di hospital tanpa tanda2 yg a.zik akan melihat dunia. Dlm masa yg sama pula ibu terpaksa menduduki peperiksaan ujian kelayakan utk masuk maktab. hehehee...dgn lengan masih ada tanda hospital ibu pergi juga menduduki peperiksaan itu selepas mendapat kebenaran dr doc.

Ibu sempat pesan pd a.zik, ibu kata 'anak ibu, kalau nak keluar tunggulah lepas ibu sambut b'day kakak & peperiksaan ini ya'. Sempat jugalah ibu pergi shopping sbb sbl ni ibu tak pasti jantina anak ibu tp bila dh admit kt hospital tu barulah doc dpt pastikan yg bby ibu 'boy'. Ibu lihat diwajah abah terpancar kegembiraan yg cukup jelas. Hehehehe...abag dh berjaya mendapatkan pewaris tahta..raja muda...

Masa tu atok, arwah uwan semua ada sbb nk melawat ibu & ibu pun ambik kesempatan utk meraikan b'day kakak awal dr tarikh sbnr. Bukan apa ibu takut tak sempat nak celebrate bila ibu dh terberanak nti. Mungkin sebab penat mlm tu a.zik mcm main bola dlm perut ibu, ibu dh rasa tanda2 yg ibu akan melahirkan a.zik, tepat jam 4 pg ibu kejutkan abah sbb ibu dh tak tahan sgt. Mujur lah kakak ikut arwah mak & abah tidur di rumah k.lang. Sampai di Hospital Selayang para jururawat bergegas mengejarkan ibu ke labour room..emm..mmg dh nk beranak sgt ni. Alamak..mana doc ni tak ada le plak. Eh! blh ke ibu lahirkan a.zik dlm keadaan songsang? Doc kata blh sbb kedudukan abg just nice, mcm org tua2 kata 'lipat kijang' yg bermaksud punggung a.zik akan keluar dulu baru diikuti badan & akhir kepala. Seksa, mmg seksa tuhan aje yg tau betapa seksanya. Just imagine ibu terpaksa melalui saat menyeksakan 2x, pertama utk lepaskan punggung a.zik & kedua utk lepaskan kepala a.zik pula. Tp demi permata hati ibu, ibu sanggup berkorban nyawa.

Alhamdulillah, ibu berjaya akhirnya melahirkan seorg putera seberat 3.1kg pd 28/7/02 jam 6.30am, sehari sebelum kelahiran kakak. Pandai anak ibu sebab dgr ckp ibu. Muhammad Zakwan Zikry yg membawa maksud Kejayaan ku, Ingatanku. Kejayaan ku - ibu berjaya melahirkan a.zik w/pun dlm keadaan normal krn kalau tak ibu nyaris2 nak kena operate. & semoga a.zik akan terus berjaya didunia & akhirat. Ingatan ku - akan ibu ingat sampai bila2 saat kelahiranmu yg cukup mencabar & special krn sehari sbl b'day kakak.










Tp kegembiraan ibu terhenti seketika bila usia a.zik mencecah 2 bln. Bila mana doc mengesahkan yg a.zik mengalamai masalah ketidak seimbangan pengaliran & penyerapan air dr tulang belakang ke kepala. Mulanya abah tak percaya cakap ibu bila ibu kata kepala a.zik nmpk berbeza & agak besar jika dibandingkan dgn usia a.zik. Abah tak percaya tp ibu yg berkeras ajak ke klinik utk buat pemeriksaan. Setelah merujuk kepada doc pakar dr KBMC, teka teki ibu selama ini benar. Terasa gelap sekejap dunia ibu bila doc kata a.zik mengalami masalah itu. Kalau dibiarkan blh jd spt kanak2 yg menghadapi masalah kepala besar. Ya' Allah, cubaan apa kah ini. Ibu redha & tak sudah2 memohon pd Allah semoga a.zik cepat sembuh & tidak berlarutan. Ibu bercuti selama 1 week utk memastikan tahap kesihatan a.zik. Doc pesan ' pastikan jgn smp anak puan & encik tidak muntah, krn jika smp tahap kerap muntah itu menunjukkan otak anak puan telah mengalami tekanan yg kuat dr air di sekitar otaknya'. Alhamdulillah, berkat doa keluarga, ibu & abah, a.zik berjaya melawan penyakit itu. Tanpa ubat atau rawatan seminggu kemudian doc mengesahkan tahap air di dlm kepala a.zik telah berkurangan & blh pulih, Cuma satu aje iaitu saiz kepala a.zik tidak akan berubah sbb telah mengalami perubahan yg pesat seawal usia 2 bln. Cuma doc pesan "pastikan perkembangan kepala anak puan setiap bulan. Saiz mmg dh tak boleh kurang cuma pastikan setiap bulan kadar peningkatannya di antara 0.5 - 1cm shj. Kalau lbh cepat2 dtg semula". Cuba bayangkan seawak usia 5 thn a.zik dh blh pakai kopiah abah yg bersaiz kepala org dewasa. Kalau masa lahir hanya berukuran 33cm tp 2 bln kemudian telah menjadi 40cm. Sepatutnya peningkatannya hanyalah 1cm setiap bln. Kini ukur lilit kepala a.zik dh mencecah 53cm..sama saiz dgn kepala abah & ibu. Tak apalah, yg penting a.zik telah sihat, cergas & kuat.










Syukur kehadrat Allah...a.zik membesar seperti anak2 yg lain w/pun kelihatan kelainan pd kepalanya. Tp skrg ni...dia lah hero, hero semuanya, hero merayap, hero melalak, hero main PS2 entah hero apa2 lg lah. & yg paling ibu geram terlalu penakot. Semoga a.zik akan menjadi anak yg kuat, tabah, cergas, sihat, berjaya di dunia & akhirat.

Happy Besday Muhammad Zakwan Zikry



Hari ini (28/7/08) genap usia zikry 6 thn. Diam tak diam dh 6 thn rupanya ibu melahirkan a.zik. Tapi ibu masih ingat detik-detik kelahiranmu kerana kelahiran mu terlalu 'special' jika dibandingkan di antara kakak & adik. Kadangkala kata-kata org tua ni ada benarnya. Orang kata anak lelaki ni payah utk dilahirkan & terlalu byk rintangan yg harus ibu tempuhi dr mengandungkan a.zik hingga melahirkan & kehari ini.

Pagi2 lg mcm hari-hari biasa a.zik dh bgn utk pergi ke sek. Ibu sempat menyanyikan lagu "happy b'day" buat a.zik. Ibu tanya 'a.zik nak mkn kat mana mlm ni? emmm...a.jik nak mkn tomyam kat kedai yg ada kerang bakar tu, kita pg dgn bapak hasan, bonda, kakak, ibu & adik tau. Kita pegi lepas kakak mengaji." ok lah abg. today is ur day. Memang happy bila tgk a.zik makan tomyam dgn berselera sekali. So thn ni menunya ialah dinner tomyam. Thn ni b'day a.zik cuma buat di sek tadika aje. Tapi kena tunggu lepas abah blk sebab tak lama lg abh dh nak balik

Jul 12, 2008

Kesian adik



Emmm...hari ni adik tak berapa sihat, Bonda kata adik demam..tu le sapa suruh ikut ke pasar tani kan dh letih...emmm...smp rumah tgk adik dh lain mcm, mcm nak kena 'attact' aje. Biasa le adik dh mcm tu pun msh ligat lg. Ptg tu ke rumah k.mast sbb dia ajak meraikan b'day Sarah, just family & ibu aje yg diajaknya. Bdk2 ni apa lg, mcm gasing yg berpusing le bila dh jmp geng. Blk tu adik dh melepek, dh semcm aje. Lps solat maghrib aje ibu terus ajak bonda g klinik utk ambik 'gas'. Mcm biasa le pantang ok sikit adik mesti lupa diri kejap.


Blk tu nmpk ok sikit tp tgh mlm td adik kena 'attact' lg. So sekali lg le ibu kena ke klinik utk ambik 'gas'. Cian adik...emmm...ni baru nmpk lega sikit & br blh tido..tu le adik kan ibu dh kata jgn mkn ais & askrim, nk mkn blh tp jgn byk2, kalau dh sakit kan susah sdn.