Jan 24, 2009

Stesyen Minyak di Iran












Ini adalah pemandangan biasa bagi kebanyakan stesyen minyak di Iran ataupun nama glamournya "pump benzin" (benzin=petrol). Walaupun negara ini kaya dengan minyak tetapi miskin dari kemudahan dan penyediaan stesyennya. Akibat kekurangan stesyen minyak, kesesakan selalu berlaku kadang-kadang boleh sampai 1km berderet kenderaan menunggu giliran. Kadang-kadang ada juga yang hilang sabar dan selalu bertekak. Kemudahan untuk pelanggan seperti tandas awam amatlah menyedihkan. Tak sanggup aku kalau nak melepas kat tandasnya, sanggup aku tahan sampai balik office ataupun hotel.
Hampir kesemua stesyen disini tidak menyediakan mini market, so jangan haraplah nak beli jajan ataupun air minum. Untuk kemudahan pump tayarpun tak pernah aku jumpa. Kalau nak pump tayar kena pergi kekedai tayar atau bengkel kereta dan munkin dikenakan bayaran. Petrol lama (merah) adalah menjadi pilihan utama orang-orang disini. Disebabkan itulah pencemaran udara di Tehran amatlah ketara. Dari jarak 10-15km sebelum sampai ke kota Tehran kita boleh nampak suasana yang agak kelabu dan kelam di ruang udaranya.
Petrol di Iran memang tersangatlah murahnya jika menggunakan kad subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyatnya, seliter = Rials 1000.00 (RM0.40). Di Iran kita takkan jumpa Shell, Caltex, Esso dan jenama yang lain. Hampir semua stesyen minyak dan pembekal disini dimonopoli oleh syarikat kerajaannya. Khoda hafez..

Jan 19, 2009

Muzium Shah Iran











Pada hari cuti 9&10 Muharam baru-baru ni sempatlah aku & the gang pergi melawat kawasan dan istana peninggalan Shah Iran di Tehran. Memang mewah dan berseni ukiran orang-orang Iran Parsi. Pada zaman kegemilangan Shah (sebelum digulingkan oleh revolusi Iran), raja ini hidup dengan penuh kemewahan dan didalam kawasannya terdapat beberapa lagi istana. Kawasan taman dan pokok-pokoknya dijaga dengan rapi dan dipenuhi dengan lanskap yang menarik. Agak luas kawasan istana ini. Ada sebuah istana yang dikhaskan untuk tetamu kehormat yang dipanggil istana Kristal. Memang mengkagumkan kerana segala hiasan dinding dan silingnya dihiasi dgn ukiran kaca kristal. Tetapi malangnya kami tidak dibenarkan oleh pihak muzium untuk mengambil gambar didalam istana tersebut. Alasannya mereka kata cahaya dari flash kamera akan memudarkan sinar dari kaca kristal yang cantik-cantik itu. Kalau tak guna flash pun pak guard tak benarkan..emm logikke? Layanzzz

Jan 16, 2009

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

Marilah kita renungkan bersama..

Arikel ini di petik dari Utusan Malaysia- 14 Jan 2009

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Jan 11, 2009

10 Muharam di Tehran

Darah kambing disimbah ke jalan. Paluan gendang pun ada
Orang ramai yang datang untuk menyambutnya.


Salah seorang yang membawa benda yang berat ini seperti "kavadi".
Lupa lak namanya, tak tahu aku apa motifnya. Nanti aku tanya orang Iran.

Pada malam 9 & 10 Muharam (5&6hb Jan) yang lepas sempat la juga aku & the gang pegi tonton macam mana orang2 Syiah ni sambut pesta kesedihan sempena memperingati dan meratapi kematian Saidina Hussein Emm..memang berbeza dan pelik sekali, bagi aku semua tu adalah Khurafat belaka, tapi bagi Syiah semuanya boleh saja. Dah jadi macam pesta sakitkan badan pula. Ada yang tepuk2 dada,tepuk2 kepala dan ada yang pukul badan dgn rantai, sambil berjalan menangis2. Ada juga yang bawa benda yang berat seperti ”Kavadi”.

Ada yang sembelih kambing dan darahnya disimbah ke jalan. Wallahhualam...hanya Allah sahaja yang tahu dan menentukan segalanya.

Jan 5, 2009

Karbala, 10 Muharam




Masjid Saeed Muzaffar, Bandar Abbas Iran. Dihiasi dengan kain berwarna hitam dan tulisan2
kesyahidan Saidina Hussin sebagai tanda berkabung.

Karbala adalah sebuah daerah yang terletak di Iraq.
Peristiwa Karbala telah melebarkan pintu perpecahan sesama umat Islam. Walaupun penganut fahaman Sunni dan Syiah sama-sama mengakui tragedi pengorbanan Hussain, bagi Syiah, peristiwa ini mempunyai erti khusus sebagai saat kritis dalam sejarah Islam ketika rejim rasmi Islam membunuh satu-satunya cucu Nabi Muhammad SAW yang masih hidup.
Dalam memperingati kesyahidan Hussain ini, sepuluh hari pertama bulan Muharam merupakan saat kesedihan yang amat mendalam bagi penganut ajaran Syiah. Bagi memperingatinya, penganut Syiah mengadakan majlis ratapan, perarakan umum, dan kegiatan-kegiatan lain. Kemuncak peringatan ini ialah bermula pada tanggal 10 Muharam di mana Hussain terbunuh yang dikenali pula sebagai hari Asyura.
Tujuan kegiatan ini adalah untuk mengingatkan peristiwa Karbala secara eksistensi dan dramatis bagi merangsang mengalir keluarnya air mata kesedihan para penganutnya. Air mata ini sebagai tanda kesedihan dan ratapan atas kesyahidan Imam Hussain.
Di seluruh dunia Islam, terdapat berbagai-bagai acara yang dihubungkan dengan kedukaan penganut Syiah pada 10 Muharam ini. Di Iran, pada malam kesepuluh bulan Muharam atau lebih dikenali malam Asyura, hampir seluruh masyarakat kota Teheran, turun ke jalan untuk mengadakan perarakan mengingati tragedi Karbala, Mereka membaca syair-syair tentang Imam Hussain dengan diiringi paluan gendang sebagai tanda kesedihan.
Pada 1 hingga 10 Muharam hampir semua penduduk di kota Teheran berpakaian hitam tanda dukacita. Walaupun mereka masih melakukan aktiviti kerja. Bukan hanya pakaian mereka sahaja, tetapi kota-kota besar di Iran kebanyakannya dihiasi dengan sepanduk-sepanduk berwarna hitam dengan tulisan "Hussain bithatu minni waman idha'aha laqod adhani", "al-Hassan wal al-Hussain syababun Ahlil jannah," "Anal Hussain As misbahulda wa safinatunnajah." (Hussain adalah darah dagingku barang siapa yang menyakiti bererti menyakitiku, Hassan dan Hussain adalah penghulu para pemuda syurga, Hussain adalah pelita penerang dan perahu penyelamat.)
Tidak ada fakta jelas mengenai asal-usul upacara itu. Para ulama apabila ditanya hanya menjelaskan tentang disunatkan puasa pada hari Asyura itu. Mengapa? Kerana hari itu adalah hari pertolongan Allah kepada para Nabi dalam menghadapi orang-orang yang zalim. Pada hari Asyura, Nabi Ibrahim lepas daripada api Namruz, Nabi Yunus keluar dari perut ikan, Nabi Musa bebas daripada kerajaan Firaun, dan Nabi Muhammad selamat daripada diracuni oleh orang Yahudi. Bagi umat Islam yang soleh mereka melaksanakan puasa Asyura sebagai ungkapan syukur atas kemenangan para nabi.
Sumber dipetik dari : www.asyraaf.net

Jan 4, 2009

Boikot apa sebenarnya.

1. Boikot US! Boikot semuanya yg dtg dari US!..pegi jahanam US & Yahudi!
2. Betul ke kita semua boleh memboikot US, terutama barangan keluarannya?
3. Terbaca dalam akhbar utama pemimpin kita menyeru rakyat Malaysia memboikot barangan US ketika peperangan di Gaza tengah rancak ketika ini.
4. Adakah setiap kali bila adanya orang Islam yang ditindas barulah terhegeh-hegeh seru rakyat boikot US.
5. Padahal boleh dikatakan hari-hari umat Islam dimerata dunia ditindas.
6. Hairan..agaknya hanya ada masa-masa tertentu saja ke ramai pemimpin kita menyeru memboikot US.
7. Adakah agenda mereka lebih terarah pada kepentingan politik? Ataupun mereka benar-benar ikhlas?
8. Ramai pemimpin kita hanya berani berkata "boikot,boikot,boikot" saja, tapi hakikatnya mereka inilah yang beria-ia menarik pelabur US datang melabur di negara kita.
9. Apabila US tak mahu melabur, mereka inilah yang beria turun ke US pujuk datang melabur dengan memberi berbagai-bagai insentif dan peluang.
10.Kalaulah betul ramai umat Islam negara kita berjaya meboikot US, bila dah reda beli semula barangan US.
11.Kalaulah betul pemimpin kita ajak memboikot, tutup sahaja kilang2 ciptaan US tu..ada berani ke?
12.Adakah mereka tu sedar yang seluar jeans levis, coca-cola, kfc, mc donald dan macam2 lagi adalah jenama US. Kenapa tak tutup saja?
13.Di Iran..pemimpinnya boleh dikatakan hari2 mengutuk US, pelbagai lukisan dan billboard mengutuk US, pelbagai propaganda kutuk US...tapi coca-cola dan pepsi masih juga utuh disini.
14.Jangan hanya berani berkata ”boikot” sahaja..hakikatnya tepuklah dada tanyalah iman.

Jan 3, 2009

Isteriku pregnant

Emm..kasihan isteri aku..kali ini teruk pula pregnantnya. Selalu sgt muntah2 dan kepala pun pusing2. Maklumlah dah 5 tahun menanti.
Isteri aku kata, kali ni tak seperti yang sebelumnya,yg dulu pun muntah2 jg tapi masih lg blh buat keje dan blh makan macam2.
Makan buah tembikai..prahhh!! keluar balik, terbaring..terlepak je isteri aku. Minum air kosong pun keluar balik..tentu isteri aku lapar.
Aku ni jauh..hanya mampu mendengar luahan dari isteriku..sedih dan hanya mampu berdoa. Besar sungguh dugaan mu ya Allah..kasihanilah isteriku..jauhilah dr pelbagai kerenah ketika pregnant kali ini.
Peliharalah kesihatannya dan peliharalah anak dlm rahimnya..sesungguhnya kami bersyukur atas pemberianmu..Amin..

Kasihan Palestine

1. Zionis, Yahudi, Israel…sama saja..3 perkataan yang cukup buat umat Islam benci yg teramat.
2. 1 Muharram 1430 & 1 Jan 2009..di Malaysia public holiday..di Gaza? Kasihan mereka dihujani peluru tak bermata yg langsung tak tau apa itu perasaan.
3. Liga Arab? Apa itu liga Arab? Kesatuan apa sebenarnya mereka ni? Kelab liga bolasepak ke?Penakut..dikontrol, di perkotak-katikkan oleh sekutu Yahudi.
4. OIC?...tapi kebanyakannya hanya ”Ohh.. I See”.
5. Ramai saudara kita sengasara di bumi Palestine, Iraq, Afghan..dan byk tempat lagi. Tapi mereka hanya mampu berkata ”Ohh I See”.
6. Di Iran, aku pelik, rasa terkejut pun ada..sampai hati kawan2 Iran aku kata.”teruk kerajaan kami ni selalu sangat sumbangkan untuk Hamas & Hizbullah”.
7. Tapi kenapa mereka berkata begitu..kata mereka ”ramai rakyat kami sendiri yg hidup dlm kemiskinan walaupun kaya minyak, tak seperti negara teluk yg lain”.
8. Kalaulah Malaysia kita bersempadan dgn Israel..adakah kita semua akan lanyak Yahudi itu?
9. Bagi yg mampu berjihad..berjihadlah..sememangnya dah wajib untuk berjihad.
10. Bagi yg mampu menderma..mendermalah
11. Marilah kita semua mendoakan agar saudara kita itu mendapat kemenangan suatu masa nanti. Dan moga Yahudi Laknatullah itu akan hancur selumatnya.
12. Aku berharap sangat jika duit zakat yg dikumpulkan oleh rakyat Malaysia dapat diagih-agihkan pada saudara kita yg sengsara itu.

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman & Peribadi

Salam..ni ada lg tips yg aku dpt dr email kwn2 aku. Semoga anda tergolong dlm golongan ini..insyaallah.

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan ;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah(masjid) ;
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak dzikir dan doa kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah untuk banyak berfikir ;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyakkan silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;
61. Bergaullah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang kerana pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita 76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai kejayaan dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemamapuan diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

..Lastly.

no. 100.Pls inform to your muslim friends yang anda kenal.

Allah's love is unconditional, today, tomorrow and always. May Allah bless you everyday.

Jan 2, 2009

Rials Iran

Ni lah duit Iran dalam nilai Rials 50,000 (RM18.00).Gambar pd duit tu adalah Allahyarham Ayattollah Khoemeni, seorang pemimpin Iran yg disegani. Beliau telah menggulingkan kerajaan Shah Iran yg bersifat sekular dan pro US.
Sapa2 yg nak dtg melawat Iran dinasihatkan bw duit USD atau Euro siap2 dr negara kita. Dan kemudian tukar rials. Sebabnya kat sini ATM tak blh guna utk international. Begitu jg kredit kad..hanya tempat2 yg tertentu shj blh digunakan. Aku rasa sekarang kredit kad pun dah tak blh guna sebab negara ni kena blok ekonominya oleh kawan2 Yahudi Laknatullah.
Nilai inflasi juga agak tinggi di negara ni. Harga makanannya..emm kdg2 gigit jari. Kalau time lunch tu purata aku byr dlm Rials 40,000 (Rm14). Lauknya simple je...cuma satu lauk je. Cuma minyak je murah.Layanzz

Esfahan Memori


Gambar ni kenangan semasa di Esfahan Iran. Jambatan kat belakang tu dah lama ada kat situ tak silap aku sejak 200 tahun yg lalu munkin lebih. Nama jambatan ni "Sheaosupul"..emm betul ke ejaan aku ni. Masa aku sampai tu winter baru nak stat.


Tengah pekena shisha (org iran panggil "ghalion") dan minum teh dgn kawan aku kat bwh jambatan tu. Sejukkkk...

Dalam restoran di bwh jambatan ..ada byk hiasan dan gbr2 lama menghiasi dinding..


Dalam diri kamu ada kebesaran ALLAH

Artikel ini aku ambil dr emel yg kawan2 aku sampaikan..bagus utk renungan bersama..

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.
Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM.
Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah -(Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
4. Cara Rasulullah minum. -Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.
Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri.
Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.
Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannyadirejam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.
Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah

Jan 1, 2009

Gambar Kenangan

Hehehehe...teringatlak aku nak muatkan pic masa kecik2 dulu. Masa ni aku berumur 5 tahun (kalau tak silaplah). Nampak comel je dgn kasut "Johnson" tu. Pic ni lokasinya di rumah arwah tok aku di Temerloh Pahang. Aku rasa tv kat belakang aku tu ada lg..munkin makcik aku simpan dlm stor,kalau jual tentu mahal sbb dah kira antik. Hiasan2 yg kat atas tv nampak kelasik..munkin tgh top pd masa tu. Emm.. semuanya tinggal kenagan belaka, dah lama aku tak singgah rumah arwah tok aku ni.