Ini adalah pemandangan biasa bagi kebanyakan stesyen minyak di Iran ataupun nama glamournya "pump benzin" (benzin=petrol). Walaupun negara ini kaya dengan minyak tetapi miskin dari kemudahan dan penyediaan stesyennya. Akibat kekurangan stesyen minyak, kesesakan selalu berlaku kadang-kadang boleh sampai 1km berderet kenderaan menunggu giliran. Kadang-kadang ada juga yang hilang sabar dan selalu bertekak. Kemudahan untuk pelanggan seperti tandas awam amatlah menyedihkan. Tak sanggup aku kalau nak melepas kat tandasnya, sanggup aku tahan sampai balik office ataupun hotel. Hampir kesemua stesyen disini tidak menyediakan mini market, so jangan haraplah nak beli jajan ataupun air minum. Untuk kemudahan pump tayarpun tak pernah aku jumpa. Kalau nak pump tayar kena pergi kekedai tayar atau bengkel kereta dan munkin dikenakan bayaran. Petrol lama (merah) adalah menjadi pilihan utama orang-orang disini. Disebabkan itulah pencemaran udara di Tehran amatlah ketara. Dari jarak 10-15km sebelum sampai ke kota Tehran kita boleh nampak suasana yang agak kelabu dan kelam di ruang udaranya. Petrol di Iran memang tersangatlah murahnya jika menggunakan kad subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyatnya, seliter = Rials 1000.00 (RM0.40). Di Iran kita takkan jumpa Shell, Caltex, Esso dan jenama yang lain. Hampir semua stesyen minyak dan pembekal disini dimonopoli oleh syarikat kerajaannya. Khoda hafez..
Pada hari cuti 9&10 Muharam baru-baru ni sempatlah aku & the gang pergi melawat kawasan dan istana peninggalan Shah Iran di Tehran. Memang mewah dan berseni ukiran orang-orang Iran Parsi. Pada zaman kegemilangan Shah (sebelum digulingkan oleh revolusi Iran), raja ini hidup dengan penuh kemewahan dan didalam kawasannya terdapat beberapa lagi istana. Kawasan taman dan pokok-pokoknya dijaga dengan rapi dan dipenuhi dengan lanskap yang menarik. Agak luas kawasan istana ini. Ada sebuah istana yang dikhaskan untuk tetamu kehormat yang dipanggil istana Kristal. Memang mengkagumkan kerana segala hiasan dinding dan silingnya dihiasi dgn ukiran kaca kristal. Tetapi malangnya kami tidak dibenarkan oleh pihak muzium untuk mengambil gambar didalam istana tersebut. Alasannya mereka kata cahaya dari flash kamera akan memudarkan sinar dari kaca kristal yang cantik-cantik itu. Kalau tak guna flash pun pak guard tak benarkan..emm logikke? Layanzzz
Arikel ini di petik dari Utusan Malaysia- 14 Jan 2009
SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.
Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.
Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).
Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Mempengaruhi
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.
Darah kambing disimbah ke jalan.Paluan gendang pun ada
Orang ramai yang datang untuk menyambutnya.
Salah seorang yang membawa benda yang berat ini seperti "kavadi". Lupa lak namanya, tak tahu aku apa motifnya. Nanti aku tanya orang Iran.
Pada malam 9 & 10 Muharam (5&6hb Jan) yang lepas sempat la juga aku & the gang pegi tonton macam mana orang2 Syiah ni sambut pesta kesedihan sempena memperingati dan meratapi kematian Saidina Hussein Emm..memang berbeza dan pelik sekali, bagi aku semua tu adalah Khurafat belaka, tapi bagi Syiah semuanya boleh saja. Dah jadi macam pesta sakitkan badan pula. Ada yang tepuk2 dada,tepuk2 kepala dan ada yang pukul badan dgn rantai, sambil berjalan menangis2. Ada juga yang bawa benda yang berat seperti ”Kavadi”.
Ada yang sembelih kambing dan darahnya disimbah ke jalan. Wallahhualam...hanya Allah sahaja yang tahu dan menentukan segalanya.
Masjid Saeed Muzaffar, Bandar Abbas Iran. Dihiasi dengan kain berwarna hitam dan tulisan2 kesyahidan Saidina Hussin sebagai tanda berkabung.
Karbala adalah sebuah daerah yang terletak di Iraq.
Peristiwa Karbala telah melebarkan pintu perpecahan sesama umat Islam. Walaupun penganut fahaman Sunni dan Syiah sama-sama mengakui tragedi pengorbanan Hussain, bagi Syiah, peristiwa ini mempunyai erti khusus sebagai saat kritis dalam sejarah Islam ketika rejim rasmi Islam membunuh satu-satunya cucu Nabi Muhammad SAW yang masih hidup. Dalam memperingati kesyahidan Hussain ini, sepuluh hari pertama bulan Muharam merupakan saat kesedihan yang amat mendalam bagi penganut ajaran Syiah. Bagi memperingatinya, penganut Syiah mengadakan majlis ratapan, perarakan umum, dan kegiatan-kegiatan lain. Kemuncak peringatan ini ialah bermula pada tanggal 10 Muharam di mana Hussain terbunuh yang dikenali pula sebagai hari Asyura. Tujuan kegiatan ini adalah untuk mengingatkan peristiwa Karbala secara eksistensi dan dramatis bagi merangsang mengalir keluarnya air mata kesedihan para penganutnya. Air mata ini sebagai tanda kesedihan dan ratapan atas kesyahidan Imam Hussain. Di seluruh dunia Islam, terdapat berbagai-bagai acara yang dihubungkan dengan kedukaan penganut Syiah pada 10 Muharam ini. Di Iran, pada malam kesepuluh bulan Muharam atau lebih dikenali malam Asyura, hampir seluruh masyarakat kota Teheran, turun ke jalan untuk mengadakan perarakan mengingati tragedi Karbala, Mereka membaca syair-syair tentang Imam Hussain dengan diiringi paluan gendang sebagai tanda kesedihan. Pada 1 hingga 10 Muharam hampir semua penduduk di kota Teheran berpakaian hitam tanda dukacita. Walaupun mereka masih melakukan aktiviti kerja. Bukan hanya pakaian mereka sahaja, tetapi kota-kota besar di Iran kebanyakannya dihiasi dengan sepanduk-sepanduk berwarna hitam dengan tulisan "Hussain bithatu minni waman idha'aha laqod adhani", "al-Hassan wal al-Hussain syababun Ahlil jannah," "Anal Hussain As misbahulda wa safinatunnajah." (Hussain adalah darah dagingku barang siapa yang menyakiti bererti menyakitiku, Hassan dan Hussain adalah penghulu para pemuda syurga, Hussain adalah pelita penerang dan perahu penyelamat.) Tidak ada fakta jelas mengenai asal-usul upacara itu. Para ulama apabila ditanya hanya menjelaskan tentang disunatkan puasa pada hari Asyura itu. Mengapa? Kerana hari itu adalah hari pertolongan Allah kepada para Nabi dalam menghadapi orang-orang yang zalim. Pada hari Asyura, Nabi Ibrahim lepas daripada api Namruz, Nabi Yunus keluar dari perut ikan, Nabi Musa bebas daripada kerajaan Firaun, dan Nabi Muhammad selamat daripada diracuni oleh orang Yahudi. Bagi umat Islam yang soleh mereka melaksanakan puasa Asyura sebagai ungkapan syukur atas kemenangan para nabi. Sumber dipetik dari : www.asyraaf.net
1. Boikot US! Boikot semuanya yg dtg dari US!..pegi jahanam US & Yahudi! 2. Betul ke kita semua boleh memboikot US, terutama barangan keluarannya? 3. Terbaca dalam akhbar utama pemimpin kita menyeru rakyat Malaysia memboikot barangan US ketika peperangan di Gaza tengah rancak ketika ini. 4. Adakah setiap kali bila adanya orang Islam yang ditindas barulah terhegeh-hegeh seru rakyat boikot US. 5. Padahal boleh dikatakan hari-hari umat Islam dimerata dunia ditindas. 6. Hairan..agaknya hanya ada masa-masa tertentu saja ke ramai pemimpin kita menyeru memboikot US. 7. Adakah agenda mereka lebih terarah pada kepentingan politik? Ataupun mereka benar-benar ikhlas? 8. Ramai pemimpin kita hanya berani berkata "boikot,boikot,boikot" saja, tapi hakikatnya mereka inilah yang beria-ia menarik pelabur US datang melabur di negara kita. 9. Apabila US tak mahu melabur, mereka inilah yang beria turun ke US pujuk datang melabur dengan memberi berbagai-bagai insentif dan peluang. 10.Kalaulah betul ramai umat Islam negara kita berjaya meboikot US, bila dah reda beli semula barangan US. 11.Kalaulah betul pemimpin kita ajak memboikot, tutup sahaja kilang2 ciptaan US tu..ada berani ke? 12.Adakah mereka tu sedar yang seluar jeans levis, coca-cola, kfc, mc donald dan macam2 lagi adalah jenama US. Kenapa tak tutup saja? 13.Di Iran..pemimpinnya boleh dikatakan hari2 mengutuk US, pelbagai lukisan dan billboard mengutuk US, pelbagai propaganda kutuk US...tapi coca-cola dan pepsi masih juga utuh disini. 14.Jangan hanya berani berkata ”boikot” sahaja..hakikatnya tepuklah dada tanyalah iman.
Emm..kasihan isteri aku..kali ini teruk pula pregnantnya. Selalu sgt muntah2 dan kepala pun pusing2. Maklumlah dah 5 tahun menanti. Isteri aku kata, kali ni tak seperti yang sebelumnya,yg dulu pun muntah2 jg tapi masih lg blh buat keje dan blh makan macam2. Makan buah tembikai..prahhh!! keluar balik, terbaring..terlepak je isteri aku. Minum air kosong pun keluar balik..tentu isteri aku lapar. Aku ni jauh..hanya mampu mendengar luahan dari isteriku..sedih dan hanya mampu berdoa. Besar sungguh dugaan mu ya Allah..kasihanilah isteriku..jauhilah dr pelbagai kerenah ketika pregnant kali ini. Peliharalah kesihatannya dan peliharalah anak dlm rahimnya..sesungguhnya kami bersyukur atas pemberianmu..Amin..
Ini adalah Blog peribadi. Cerita yang dipaparkan adalah dari tulisan dan pandangan peribadi blogger. Info-info yang baik akan disematkan diblog ni. Segala komen yang baik adalah dihargai. Jika ada yang terasa atau terguris perasaan harap dimaafkan.