Oct 20, 2007
Masjid Shaheb Al-Zaman,Shiraz
Posted by Zamry at Saturday, October 20, 2007 0 comments
Labels: Iran Fever
Oct 19, 2007
Semalam 2
Emmm..semalam Khamis (18/10),bangun tido lewat..maklumlah kat Shiraz ni bila mlm je cuacanya dingin sekali,syoknya tarik selimut.Aku tido kat rumah Muiz lg,coz malas nak balik rumah baru yg company sediakan sbbnya banyak yg tak complete..exspecially tang nak bertenet.Kalau tak de internet kat rumah alamak boring gilerrr.Bagi TV pun remote dgn antenna cablenya missing..aparaa mcm tak ikhlas aje nak sediakan semuanya,dah complent byk kali,tak juga dibuatnya.
"Ok, I will provide for you ASAP",itulah jawapannya bila aku tanya tiap kali pada Manager & Admin aku.Cannot wacthing anything lah jadinya,duk rumah pun mata terkebil-kebil je.Sebelum ni aku duk di hotel-apartment,ok lah sbb semuanya org hotel yg bersihkan,kemudahan pun ok.Merepek lak aku ni...hehehe,saja lepaskan tengseng!!.
Kami pergi kerja lewat sikit sbb kat Iran ni weekend nya Khamis&Jumaat.Sapa nak keje hr Khamis pun dibolehkan.Kebanyakan yg dtg opis cuma foreigner aje tupun duk lepak2 layan internet dan munkin nak bodek bos kononnya buat keje..biasalah tu nak hidup. Sampai diopis co-ordinator aku (org Iran) tanya aku,"bond,can you going to site 76 today?"..alamak bosannya dengar,baru ingat nak lepak2 opis je hr ni surve internent ke,d/load movie ke..disturb a leaf betoi mamat ni.
Aku pun pg site dgn muka seposen je.Sampai kat site tu aku tengok civil work pun tak siap lg,mcmmana equipment nak masuk..emmm teruk betoi civil kat projek ni banyak site lagi yg tak complete.
Diaorang ni geng2 sub-con kalau tak dipush takkan menjadinya.Banyak kerja2 yg masih tangguh,mcmmana nak sampai taget.Emmm aku ambik gbr 2,3 snap nak buktikan yg site tu masih tak siap lg.Dalam hati aku..legaaa,boleh balik opis awal.
Posted by Zamry at Friday, October 19, 2007 0 comments
Labels: Iran Fever
Oct 18, 2007
9th Anniversary
Insyaallah ditahun-tahun yg akan dtg kami akan sambut bersama-sama.Teringat dan terkenang pada masa perkahwinan kami 9 thn yg lepas..rasanya nak buat sekali lagi kalau wujudnya "time machine."
"SEMOGA JODOH KAMI KEKAL KE AKHIR HAYAT DAN DIBERKATI ALLAH"
http://mylittlestar.fotopages.com/
Posted by Zamry at Thursday, October 18, 2007 1 comments
Labels: Falling In Love
Oct 17, 2007
Hari Ini
Posted by Zamry at Wednesday, October 17, 2007 1 comments
Labels: Falling In Love
Oct 16, 2007
Semalam 1
Posted by Zamry at Tuesday, October 16, 2007 0 comments
Labels: Iran Fever
Oct 15, 2007
Persepolis Iran
Kota Persepolis adalah satu tempat tinggalan sejarah zaman kerajaan Parsi dahulu kala. Ia diasaskan oleh raja yg bernama Darius The Great (518BC).Besar empayar Parsi ni pada zaman tulah (merangkumi Iraq,Afghanistan,Rom dan byk tempat lg). Selepas kedatangan Iskandar Zulkarnain,kerajaan ini mula tumbang satu persatu.
Diaorang ni sembah berhala dan matahari..alhamdulilah selepas kedatangan Islam byk tempat2 penyembahan di hapuskan dan tersebarlah ajaran Islam. Kawasannya juga luas merangkumi 125,000 meter persegi dan terletak disatu kawasan lembah yg luas. Disitu juga terdapat istana,dewan,rumah,tempat ibadat dan lain2...toiletpun ada juga.
Posted by Zamry at Monday, October 15, 2007 0 comments
Labels: Iran Fever
Oct 14, 2007
Juadah raya
Posted by Zamry at Sunday, October 14, 2007 0 comments
Labels: Iran Fever
Suatu hari dihari raya,Shiraz Iran
Bandar Shiraz ni kira oklah,byk tempat untuk dilawati,bandarnya bersih dan orang-orangnya peramah dan baik.Nak kata maju tu susah gak nak cakap,tapi kemudahan dan makanan tu senanglah nak cari kat sini. Kat sini ada 4 orang dari Malaysia,adalah kawan nak borak dan masak bersama.Merasalah juga makanan Melayu daripada hari2 makan kebab je, mukapun jadi sembab.
1 Syawal di Iran…sedih, sedih sebab pertama kali beraya di rantau orang. Teringat keluarga dan sahabat di tanahair. Jauh bezanya beraya disini..disini macam takde apa2 berlaku langsung, macam cuti hujung minggu aje. Orang Parsi Iran rata2 semuanya fahaman Syiah..al-maklumlah semuanya berbeza antara Sunni dan Syiah ni. Dengar takbir raya pun berbeza sangat bunyinya..kalau di Malaysia tentu sedih dan hiba bila mendengar takbir raya.
Pagi raya kami berlima (seorang dari Indon) masak bersama. Menunya rendang daging, ketupat segera, kuah kacang dan kek kecil2 iran. Mujurlah aku dan seorang kawan lagi boleh masak (taklah terer sgt)…yang lain tukang makan dan basuh pinggan.
Kalau di kampong tu tentu macam2 ada..tapi pada tahun ini first time keluargaku beraya tanpa “mak”..sedihnya,Al-Fatihah. Semasa hayatnya, lemang dan rendang mak aku memang best...rindunya aku. Akupun rindu akan ketupat dan rendang hasil isteriku.
Malam raya disini macam tak de apa2..kami sibuk dgn urusan masing2..chating dan call famili. Aku call wife aku, sedih je dia..siannya pada keluargaku raya tahun ni tanpa aku disisi. Semuanya wife aku yang sediakan..terima kasih ayg kerana sanggup berkorban.
Pada isteri, anak2 dan keluarga tercinta..semoga kita bahagia dan dirahmati Allah hendaknya. Pada sahabat dan rakan taulan semoga berjaya dimana jua berada.
“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI”
Posted by Zamry at Sunday, October 14, 2007 1 comments
Labels: Iran Fever