Nov 14, 2007

Round2




Pada mlm tu kami semua malas nak masak..kebetulan lak besoknya cuti jadi kami pun round2 sambil cuci mata ditgh kesibukan malam bdr Shiraz.Aku cuma nak cari hanger baju, yg lain nak cari selimut tebal sbb sekarang dah masuk musim dingin.
Sejuknya..masing2 berjaket,lps penat round2 perut pun rasa lapar...kami semua pakat pekena pizza aje.Sampai kat restoren tu,ramai dan penuh lak meja kat dlm..emmm terpaksa lah mkn diluar.Mkn pizza pun cpt2, sbb sejuk nanti dah tak best.Pegang pizza pun tgn duk mengeletarrr.Lapar punya pasal.sejuk2 pun dah tak kisah..mkn ajelah.


KFC Tiruan




Salam...

Time makan tengah hari kami keluar sama2 nak pg makan..bosan lak hr2 asyik nak mkn kebab aje. Sekali-sekala nak pekena fast food lak. Jadi kami pun setuju pg mkn di sebuah restoren yg menyediakan ala-ala KFC gitu.

Tak sangka lak kat Shiraz ni ada KFC..tapi dah ditukar ke nama "SFC"..maskotnya masih lg sama..al-maklumlah Iran ni kan anti Amerika, tapi yg peliknya kat sini coca-cola dan pepsi melambak dan jd pilihan di Iran ni...rakyatnya pun ramai yg suka dgn Amerika...emmmmm "propaganda" betul.

Nov 4, 2007

Semalam3


Salam...


Emmm..lama tak update blog ni coz bzy sgt,asyik blk rumah lewat je.Projek kat Shiraz ni sekarang tgh rancak dgn byk site2 yg terbengkalai...layannn aje lah.

Mlm semalam (4/11/07) aku buat majlis mkn2 kat rmh aku,sbb ada kwn dari Tehran dtg melawat kawasan dan utk meraikan perpisahan sorg lg kwn yg ditugas ketempat lain (Kerman).Juga utk meraikan seorg lg org melayu yg baru tiba ke Shiraz.

Meriah gak mkn ramai2 dan buat sekali lg majlis raya utk kami di Shiraz ni.Aku cuma masak simple je,mknpun duk bersila..

Oct 20, 2007

Masjid Shaheb Al-Zaman,Shiraz





Hari ini kerja macam biasa pegi site,supervise sub-con dan tjkkan pada mereka jika ada kesilapan dan penambahan. Seperti hari2 biasa jg keadaan site nya masih macam tu dgn civil nya tak siap lg.Hari ini aku pg site yg terletak didlm kawasan sebuah masjid.

Aku berkenalan dgn salah seorang imam masjid berkenaan (org2 Iran panggil "Mullah").Tapi dia cakap Parsi dgn aku,aku fhm jg sikit2 apa yg dimaksudkan,maklumlah dah lama kat Iran ni.Dia tanya "as kojaei?Parsi baladi?" (awak dari mana,tahu bahasa Parsi ke?) dan aku jwb "man Malaysie,Parsi kuci-kuci" (saya Malaysia,tahu Parsi sikit2 je) ."shoma Musalman?" (awak Islam ke),aku jwb "arre,man musalman" (iya,saya muslim)."Alhamdulilah" jwb balik si imam tu.

Pak imam tu tanya aku lagi "shoma shieh hasti ya soni?"( awak ni syiah atau sunni),dan aku jwblah aku ni pengikut sunni.Kat Iran ni sensitif sikit kalau bab2 mazhab ni,maklumlah diorg ni syiah dan byk yg berbeza dgn cara org2 sunni.Tapi pak imam ni peramah orgnya dan dia pelawa aku minum teh (chai) bersama.Lepas minum teh aku minta kebenaran dari pak imam untuk ambik gbr hiasan pada mimbar masjid dan pintu masuk utama masjid berkenaan.Cantik dan berseni hiasan org2 Iran ni.

Oct 19, 2007

Semalam 2

Emmm..semalam Khamis (18/10),bangun tido lewat..maklumlah kat Shiraz ni bila mlm je cuacanya dingin sekali,syoknya tarik selimut.Aku tido kat rumah Muiz lg,coz malas nak balik rumah baru yg company sediakan sbbnya banyak yg tak complete..exspecially tang nak bertenet.Kalau tak de internet kat rumah alamak boring gilerrr.Bagi TV pun remote dgn antenna cablenya missing..aparaa mcm tak ikhlas aje nak sediakan semuanya,dah complent byk kali,tak juga dibuatnya.
"Ok, I will provide for you ASAP",itulah jawapannya bila aku tanya tiap kali pada Manager & Admin aku.Cannot wacthing anything lah jadinya,duk rumah pun mata terkebil-kebil je.Sebelum ni aku duk di hotel-apartment,ok lah sbb semuanya org hotel yg bersihkan,kemudahan pun ok.Merepek lak aku ni...hehehe,saja lepaskan tengseng!!.

Kami pergi kerja lewat sikit sbb kat Iran ni weekend nya Khamis&Jumaat.Sapa nak keje hr Khamis pun dibolehkan.Kebanyakan yg dtg opis cuma foreigner aje tupun duk lepak2 layan internet dan munkin nak bodek bos kononnya buat keje..biasalah tu nak hidup. Sampai diopis co-ordinator aku (org Iran) tanya aku,"bond,can you going to site 76 today?"..alamak bosannya dengar,baru ingat nak lepak2 opis je hr ni surve internent ke,d/load movie ke..disturb a leaf betoi mamat ni.
Aku pun pg site dgn muka seposen je.Sampai kat site tu aku tengok civil work pun tak siap lg,mcmmana equipment nak masuk..emmm teruk betoi civil kat projek ni banyak site lagi yg tak complete.
Diaorang ni geng2 sub-con kalau tak dipush takkan menjadinya.Banyak kerja2 yg masih tangguh,mcmmana nak sampai taget.Emmm aku ambik gbr 2,3 snap nak buktikan yg site tu masih tak siap lg.Dalam hati aku..legaaa,boleh balik opis awal.

Oct 18, 2007

9th Anniversary


Semalam sambut besday,hr ni sambut anniversary yg ke 9 perkahwinan kami.Emm.. sambut sorang2 je sbb wife aku nun jauh dimata.Teknologi kan dah canggih suma main pos guna internet je..sejambak bunga buat wife tersyg pun dah sampai kat meja opis dia..romantiknya.Itulah teknologi namanya kadangkala memudahkan dan kadangkala menyusahkan.
Insyaallah ditahun-tahun yg akan dtg kami akan sambut bersama-sama.Teringat dan terkenang pada masa perkahwinan kami 9 thn yg lepas..rasanya nak buat sekali lagi kalau wujudnya "time machine."
"SEMOGA JODOH KAMI KEKAL KE AKHIR HAYAT DAN DIBERKATI ALLAH"
http://mylittlestar.fotopages.com/

Oct 17, 2007

Hari Ini

Malam semalam aku chat dgn wife..masa tu di Malaya sudah 17/10/07. OOO!! rupanya hari ini besday aku dan disambut oleh 2 negara Iran dan Malaya.Sekejap je masa berlalu umur pun makin lama makin bertambah, bukannya tua lagi tapi kira "OTAI" le hehehe. Alhamdulilah kerana diberi lagi kesempatan oleh Allah utk menghirup udara dan mencari rezeki. Setiap kali meningkatnya umur kita setiap kali lah kena beringat dan bersyukur selalu.Nampak gayanya tahun ini aku sambut besday di Iran le dgn membeli kek utk rakan2 kat opis Shiraz ni.
Stail org Iran ni kalau nak bagi kuih or manisan kena pas ke tiap2 org dan bagitaulah sempena apa pemberian itu.Nanti bila diorg tau diaorg akan mendoakan kejayaan kita dan ada yg meraikannya dgn tepuk tangan or menari.Buat famili dan rakan2 di Malaya serta dimana jua berada hanya iringan doa dari kalian yg diharapkan semoga dipanjangkan umurku , dimurahkan rezekiku dan berjaya dunia akhirat.
"Happy Besday"

Oct 16, 2007

Semalam 1


Semalam aku pegi kerja mcm biasa, lepas kena nescafe aku tgk2 email dulu. Sekarang ni kerja kurang sbb banyak site yg civil nya tak siap lagi. 10.30am coordinator aku htr message suruh pg tgk site2 yg dah siap dan pastikan semua site dlm keadaan kemas dan pemasangan memuaskan. Aku pegi dgn budak Iran namanya Hamid. Lepas pg 2,3 site kami ronda2 pusing town..saja je nak cuci mata. Aku tgk sekarang ni byk kedai2 pakaian dah mula menjual jaket2 untuk ketibaan musim sejuk..emm boleh tahan juga harganya dan nampak menarik.Tapi kebanyakannya buatan dari China.Aku nampak masjid yg lawa juga hiasan luarnya...satu snap aku ambil utk kenangan.Semasa kat site pun aku snap satu gambar kawasan bandar Shiraz.

Oct 15, 2007

Persepolis Iran





Pada 28 Sept 2007, masa tu cuti hujung minggu..terasa bosan duk rumah, aku dgn kwn2 pun merancang pegi jalan2. Kami semua bersetuju untuk pergi ke Kota Persepolis dan menyewa sebiji kereta. Perjalanan dari Shiraz ke Persepolis mengambil masa 40min.Terasa panas membahang,bulan posa lak tu..tp anginnya sejuk dankering.Lagipun bukan senang nak datang tempat2 mcm ni.
Kota Persepolis adalah satu tempat tinggalan sejarah zaman kerajaan Parsi dahulu kala. Ia diasaskan oleh raja yg bernama Darius The Great (518BC).Besar empayar Parsi ni pada zaman tulah (merangkumi Iraq,Afghanistan,Rom dan byk tempat lg). Selepas kedatangan Iskandar Zulkarnain,kerajaan ini mula tumbang satu persatu.
Diaorang ni sembah berhala dan matahari..alhamdulilah selepas kedatangan Islam byk tempat2 penyembahan di hapuskan dan tersebarlah ajaran Islam. Kawasannya juga luas merangkumi 125,000 meter persegi dan terletak disatu kawasan lembah yg luas. Disitu juga terdapat istana,dewan,rumah,tempat ibadat dan lain2...toiletpun ada juga.

Oct 14, 2007

Juadah raya




Inilah juadah kami semasa berhari raya di Shiraz...nampak sempoi je..tapi hingga menjilat jari..tangkap leleh.
Rendang pun ciptaan aku, "Rendang al-Shiraz d'Iran" diberi nama...terseliuh lidah nak sebut..hehehehe. "Podeh bang oiii.."komplen kawan ku..tapi aku tengok diorang belasah semacam je."Podehpun sodap".

Suatu hari dihari raya,Shiraz Iran






Assalamualaikum..





First time ni nak tulis dalam blog, orang baru belajarlah katakan. Oklah nak mulakan cerita ni. Aku sekarang bertugas di Ericsson Shiraz,Iran, kota penuh sejarah zaman kerajaan Parsi dahulu kala.Aku ditugaskan untuk mengendalikan installation GSM untuk salah satu operator di Iran ni.
Bandar Shiraz ni kira oklah,byk tempat untuk dilawati,bandarnya bersih dan orang-orangnya peramah dan baik.Nak kata maju tu susah gak nak cakap,tapi kemudahan dan makanan tu senanglah nak cari kat sini. Kat sini ada 4 orang dari Malaysia,adalah kawan nak borak dan masak bersama.Merasalah juga makanan Melayu daripada hari2 makan kebab je, mukapun jadi sembab.
1 Syawal di Iran…sedih, sedih sebab pertama kali beraya di rantau orang. Teringat keluarga dan sahabat di tanahair. Jauh bezanya beraya disini..disini macam takde apa2 berlaku langsung, macam cuti hujung minggu aje. Orang Parsi Iran rata2 semuanya fahaman Syiah..al-maklumlah semuanya berbeza antara Sunni dan Syiah ni. Dengar takbir raya pun berbeza sangat bunyinya..kalau di Malaysia tentu sedih dan hiba bila mendengar takbir raya.
Pagi raya kami berlima (seorang dari Indon) masak bersama. Menunya rendang daging, ketupat segera, kuah kacang dan kek kecil2 iran. Mujurlah aku dan seorang kawan lagi boleh masak (taklah terer sgt)…yang lain tukang makan dan basuh pinggan.
Kalau di kampong tu tentu macam2 ada..tapi pada tahun ini first time keluargaku beraya tanpa “mak”..sedihnya,Al-Fatihah. Semasa hayatnya, lemang dan rendang mak aku memang best...rindunya aku. Akupun rindu akan ketupat dan rendang hasil isteriku.
Malam raya disini macam tak de apa2..kami sibuk dgn urusan masing2..chating dan call famili. Aku call wife aku, sedih je dia..siannya pada keluargaku raya tahun ni tanpa aku disisi. Semuanya wife aku yang sediakan..terima kasih ayg kerana sanggup berkorban.
Pada isteri, anak2 dan keluarga tercinta..semoga kita bahagia dan dirahmati Allah hendaknya. Pada sahabat dan rakan taulan semoga berjaya dimana jua berada.

“SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI”