Emm.. mengundi lagi, kali ni di Terengganu. Aku sudah bosan politik bangsaku ni, tak habis2 nak mengata,fitnah sesama bangsa sesama agama..apa nak jadi agaknya utk generasi kita nanti kalau berterusan begini.
Ada yang bersongkok..
Ada yang berlebai..
Mereka kata pembela bangsaku
Mereka kata pembela agamaku
Satu kampung, tapi asyik gaduh
Sembang untuk menangkan seorang
Apa mereka dapat?
Bebuih mulut, mengeluh..
Ada yang bangga kerana protes
Tapi masih tak sukses
Bawa sepanduk, jerit..tentang mereka!
Apa mereka dapat?
Kuyup badan, sakit badan..
Sedarlah bangsaku..untuk generasi juga
Kenapa gaduh sendiri
Ketepikan sahaja ideologi dulu
Bersatu kita..jangan nanti sesal
Orang lain bertepuk lagi..
Hudud tak laksana, hadhari entah kemana
Bila berjanji..kami akan buktikan!
Orang lain bertepuk lagi
Kata mereka biarkan sahaja
Tunggu masa dapatlah kita..
Teringat lagu lama”anak kecil main api..terbakar hatinya yang sepi”
Takkan ada air mata darah
Takkan ada yang terbaring parah
Jika bangsaku bersatu..
Politik bawa kemenangan
Politik bawa kekecewaan
Hancur bangsaku kerana politik
Orang lain bertepuk lagi
Kata meraka..tunggu masa dapatlah kita
Dec 31, 2008
Emm..Politik Bangsaku
Posted by Zamry at Wednesday, December 31, 2008
Labels: Just Info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment