Dec 31, 2008

Selamat Tahun Baru 1430H & 2009M

Tahun baru kali ini aku sambutnya di Iran untuk ke dua kalinya. Emm..sudah 2 tahun aku dibumi Iran. Banyak dugaan dan cabaran di tahun lepas. Kesian isteriku..menempuhnya sendiri tanpa aku disisi. Semoga Allah merahmati dan memberkati rezeki ku di Iran ini. Buat isteri dan anak2 tersayang...semoga kita bahagia dan sejahtera sentiasa.

Malam ini didlm bilik hotel, aku menerima pemberian buahan dan biskut dr pihak hotel. Ada sekeping kad ucapan "Happy New Year"...terima kasih Homa Hotel dapat juga mkn free.

Malam ini juga anak aku Najwa ingin sgt chat dan dgr suara aku..sian kat kakak,katanya dia rindu sgt . Apa nak buat aku jauh dirantau org. Sedih suaranya..aku pun jd sedih..huhuhu..rindu sungguh aku pada keluarga ku. Insyaallah abah akan balik, semoga kakak akan menjadi contoh yg baik utk adik2 dan berjaya dunia akhirat.


Semoga ditahun baru ini kami sekeluarga dimurahkan rezeki, sehat sentiasa dan dirahmati selalu hendaknya. Agar kami sekeluarga tetap sabar dan tabah dlm menempuh dugaan yg mendatang..insyaallah..amin.

Emm..Politik Bangsaku

Emm.. mengundi lagi, kali ni di Terengganu. Aku sudah bosan politik bangsaku ni, tak habis2 nak mengata,fitnah sesama bangsa sesama agama..apa nak jadi agaknya utk generasi kita nanti kalau berterusan begini.

Ada yang bersongkok..
Ada yang berlebai..
Mereka kata pembela bangsaku
Mereka kata pembela agamaku

Satu kampung, tapi asyik gaduh
Sembang untuk menangkan seorang
Apa mereka dapat?
Bebuih mulut, mengeluh..

Ada yang bangga kerana protes
Tapi masih tak sukses
Bawa sepanduk, jerit..tentang mereka!
Apa mereka dapat?
Kuyup badan, sakit badan..

Sedarlah bangsaku..untuk generasi juga
Kenapa gaduh sendiri
Ketepikan sahaja ideologi dulu
Bersatu kita..jangan nanti sesal
Orang lain bertepuk lagi..

Hudud tak laksana, hadhari entah kemana
Bila berjanji..kami akan buktikan!
Orang lain bertepuk lagi
Kata mereka biarkan sahaja
Tunggu masa dapatlah kita..

Teringat lagu lama”anak kecil main api..terbakar hatinya yang sepi”
Takkan ada air mata darah
Takkan ada yang terbaring parah
Jika bangsaku bersatu..

Politik bawa kemenangan
Politik bawa kekecewaan
Hancur bangsaku kerana politik
Orang lain bertepuk lagi
Kata meraka..tunggu masa dapatlah kita

Dec 30, 2008

Mantera Beradu

Aku suka sgt lagu ni...byk yg tersirat dan tersurat dlm lirik nya.Bagus betullah penulis lirik ni sarat dgn maksud yg penuh makna..

Masih belum sempurna..

(M.Nasir)
Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..

(Malique)
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal
Hanya berbual makan angin kembung perut mual
Resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang

(M.Nasir)
Pecah tembelang… peta dah hilang
Bangau dah pulang… suara sumbang

(Malique)
Lidahku kaku tak selicin kuku
Teman baikku buku
Bini ku pena.. tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman
Pasti belum

Ikut gerak hati.. pena melayang
Dilihat dua layang pandang
Tak lah sekarang
Takat meradang
Tanya.. abang gedang, apa barang?
Badan macam badang
Main acah belakang parang

Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul
Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat

Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

(Malique)
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman
Konflik motivasi cuba medatasi
Positif dan benci jadi inspirasi pagi

Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
Halang biar keduanya muka cantik
Soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
Lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
Testosterone testarosa
Cita-cita sosa KL KL kosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan
Luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique)
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaww
Kucing bawa tidur rimau bawa igau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga, ikan koi renang renang
Kura-kura salah jawab pantun, naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan pekara remeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique & M.Nasir)
Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau terus mati jika belok maut

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
Bawa tangis bawa resah
Rebah rindu yang terkumpul
Semua birat dan kalimah
Semua janji yang terikat
Lebur disisimu

Puisi hati mu… hati mu puisi
Palu hati ku palu hatiku

(Malique)
Kulit tak besalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini
Ku berbahasa baku kata kata nahu
Himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu

Dec 26, 2008

Iran story

25 Dec 2008..Iran tak cuti pun utk Krismas, utk new year omputih pun tak cuti gak. Tapi aku rasalah kat Iran ni lah yg paling byk sekali "Public Holiday".
Bayangkanlah negara syiah ni percaya dan mengikut fahaman 12 imam sudah ada 12 hr cuti!! itu blm temasuk lg hr2 kebesaran yg lain seperti Nowruz (Parsi new year), kalau time Nowruz kurang2 semgu bercuti. Kat Iran ni kalau cuti raya pose dgn korban tak ada yg meriah pun..mcm cuti hjg mgu je. Org2 Iran ni mengutamakan hr Nowruz time tu lengang lah bdr2 besar, ramai yg balik kampung sambut sama family.
Org Iran sgt menghormati kwn dan relativenya kalau lama tak jumpa tu siap peluk2 dan cium2 pipi. Aku pun penah kena cium gak..hehehe. Mula2 dulu rasa pelik gak tp dah lama duk sini dah mcm biasa je.
Makanan diorg kebanyakan jenis2 kebab dan selalu tak berkuah. Tp nasinya akan digaulkan dgn mentega kalau takde mentega myk msk pun jd lah. Diorg suka mkn yg masam2, kerak nasipun..hbs licin. Agaknya diorg ni tak reti sgt nak masak..kalau ikan yg best tu cuma main goreng je..rugi betul.
Aku kat hotel dah bosan gila bila time sarapan tu..hr2 benda yg sama. Makan roti nan iran, bubur iran..bubur iran,roti nan iran..emm makan jelah utk alas perut. Layanzz

Suyato..


Suyato..

Kenangan bersama Pak Yato dr Indonesia, byk yg manis..orgnya baik dan peramah sekali. Kami dipertemukan di Bandar Abbas..tp beza department. Pak! aku mau minum nescafe yg kamu buat tu..enak sekali pak!..emm blh dikatakan every night pekena nescafe yg Yato bikinkan..sekarang cuma tgl kenangan. Dia suka sekali dgn lauk yg aku masakkan terutama lauk udang bersama nenas (waduh!!..kat Iran ni nenasnya mahal sekali). Now he's posting in Ericsson Oman..semoga dipertemukan kita kembali. Insyaallah.Semoga sukses selalu pak.
Jgn lupa calling2 deh...

Kenangan Aidilfitri 2008 di Tehran

Salam,

Emm sedihnya bila dgr lagu "dendang perantau" lagi sayu hati bila dgr lagu "dr jauh kupohon". This is 2nd time celebrate raya kat Iran ni. So sad,nak wat camno nak blk Malaya sbb masa tu baru je sampai Iran for new contract.
Sian my family at Malaya tu yg always menghopekan agar we all dpt beraya sama2 pd thn ni. Insyaallah utk raya 2009 aku akan pastikan dpt beraya bersama.
Ini adalah sebahagian memori aku beraya sama2 geng di Tehran.

Kenangan bersama kwn dr Bangla & Pakistan kat Niavaran Apartment.
Bersama geng melayu yg merayakan bersama
Lelaki melayu terakhir di bumi Iran..from left Tikus, aku,rashid,nab & harith

"IFTAR"




Salam,

Emm lamanya tak mewriting in my blog ni..bkn apa cuma malazzz je & kekurenngan idea. K lah now I will wrote again and try to buat sebanyak cite yg termampu. Teringat masa bln pose yg lepas,bertempat di Hotel Homa kami di Ericsson Bdr Abbas ni mengadakan majlis buka pose bersama2 atau dipanggil "IFTAR". Seronak lah sbb makan free, tp biasalah kan tempat org makanan pun taklah sehebat ditempat sendiri.
Pada hr2 biasa kami buka posa dlm bilik je,msk pun ala kadar je janji blh makan. Sedih gak posa tempat org ni. Apa nak buat dah keje kat sini..layanzzz