Jun 28, 2008

On The Way to Bandar Lengeh





Salam,

Gersang, kering dan panas begitulah ungkapan yang diberikan semasa perjalanan aku menuju ke Bandar Lengeh, Hormozgan Iran. Ditugaskan untuk menaik taraf sistem GSM di sebuah pekan kecil. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam dari Bandar Abbas, melalui kawasan yang berbukit batu dan melalui persisiran pantai Teluk Parsi. Bertuah sebab bukan semua orang dapat melalui pengalaman begini. Terdapat pelbagai bentuk muka bumi dan iklim yang berbeza di tanah yang bernama Iran ini. Di sepanjang perjalanan juga akan kelihatan unta2 liar serta keldai. Dan kelihatan juga kaum nomad Iran yang berpindah randah sambil mengembala biri-biri.
Wassalam

0 comments: