Jun 30, 2008

Layannnn...

Salam..

Dah 3 hari duduk ofis..bukannya malas nak turun site, tapi "ketensionnan" dengan material yang selalu tak cukup. Sampai bilalah nak jadi begini takkan aku nak ulang pegi site sampai 20x!!.Kena site yang jauh kan ke menyusahkan dan banyak membazir masa dan duit.Sian kat kontraktor yang dah mula komplen sampai bila nak jadi lagu ni. Sampai ada kontraktor dah blah tak mahu lagi nak ambil projek kat Hormozgan.Banyak lagi site yang perlu kami nak 'clean-up' jadi terbengkalai gara2 material. "Emmmm layan jelah bro, aku ni dah sampai tahap gaban dengan kerenah dia orang ni."kata Kamalrul.
Tapi yang herannya kenapa Line Manager yang baru ni duk senyap aje tak seperti yang dulu , macam tak ada function langsung..no news, no talks, no action. Agaknya LM aku ni dah jadi macam kerajaan" boneka".Hujung bulan July ni tamatlah kontrak aku bersama Ericsson Iran. Kalau di murahkan rezeki dan tak dapat offer mana2, insyaallah aku akan datang lagi...bak kata kawan2 aku yang lain..."Layannnnn."
Khoda hafezzzzzzz.

Jun 29, 2008

Khayrin- pertandingan mewarna Subang Impian





Tahniah kepada anakku Nur Khairunisa Khayrin yang baru berumur 4 tahun kerana memenangi tempat pertama pertandingan mewarna(untuk umur 4 thn) sempena hari keluarga di perumahan kami hari ini. Tak sangka pula adik blh menang, itulah rezeki namanya. Lain kali adik kena belajar lagi untuk mewarna dan melukis dgn cara yang betul, tahun depan dah masuk tadika. Kena belajar rajin2, insyaallah akan jadi org yang berjaya.

On the way to Mazandaran (2007)



train railway
sawah padi pun ada
picnic@Caspian Sea
Salam
Mazandaran, salah sebuah negeri yang terletak di utara Iran. Tempatnya menarik keran iklim nya yang begitu berbeza sekali dgn lain2 tempat di Iran. Disini terasa kehijauannya dan dikurniakan dgn tanah yg subur sesuai utk penanaman padi dan pelbagai jenis buah-buahan. Aku telah ditugaskan ke Mazandaran pada tahun lepas (Jun 2007) untuk tugas2 "clean-up site" sebelum diserahkan kepada operator (MCCI). Laut Caspian terasa dingin airnya, dgn tahap kemasinan yg rendah dgn pelbagai spesis hidupannya. Salah satu yang termahal ialah telur ikan (Caviar). Caviar dari Iran adalah yg tebaik didunia. Tapi aku dah cuba...tak tau lah apa yang sedapnya, munkin lidah melayu tak sesuai dgn caviar.
Wassalam.

Jun 28, 2008

On The Way to Bandar Lengeh





Salam,

Gersang, kering dan panas begitulah ungkapan yang diberikan semasa perjalanan aku menuju ke Bandar Lengeh, Hormozgan Iran. Ditugaskan untuk menaik taraf sistem GSM di sebuah pekan kecil. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam dari Bandar Abbas, melalui kawasan yang berbukit batu dan melalui persisiran pantai Teluk Parsi. Bertuah sebab bukan semua orang dapat melalui pengalaman begini. Terdapat pelbagai bentuk muka bumi dan iklim yang berbeza di tanah yang bernama Iran ini. Di sepanjang perjalanan juga akan kelihatan unta2 liar serta keldai. Dan kelihatan juga kaum nomad Iran yang berpindah randah sambil mengembala biri-biri.
Wassalam

Jun 27, 2008

fishing with zikry



Salam..
Ituhari masa balik cuti sempat lah juga sampaikan hajat si Zikry untuk ajak dia memancing bersama. Kami memancing di kolam Pak Su di Felda Lui Barat, kebetulan balik kampung singgahlah kejap. Bukan main suka dan tak sabar2 Zikry dengan pancingnya yg baru beli di Temerloh. Umpannya kami guna udang paya, tp ikan talapia yg di bela masih kecil lg sbb nya baru sebulan dilepaskan. Ikan2 yg dapat dipancing dilepaskan semula, nanti bulan okt. blhlah dtg pancing lagi, tentu ikan2 nya sudah besar.
"abah, abg dah puas hati dapat memancing hari ni" itulah kata2 si Zikry selepas hajatnya di tunaikan.
Wassalam

Jun 26, 2008

Sign Of Love

Click to play The sign of love
Create your own photobook - Powered by Smilebox
Make a Smilebox photobook


Emmm...dua tiga hari ni ayg agak tak stabil. Abg kata 'biasalah ayg tu kalau assingment tak siap lg mulalah meracau'...emmm...ye lah tu..

Tgh boring buat keje kt opis ni sambil melayan suhu aircond yg dh mcm kat kutub utara ni..senam sikit otak buat benda yg merapu & inilah hasilnya...emmm...seronok bila tgk gbr2 lama....mana x seronok g holiday perabih duit mmg le seronok...biasa le tu...

Jun 21, 2008

Bandar Abbas 2



Pemandangan Bandar Abbas dari bilik Hotel Homa.Kebanyakan rumah2 nya simple aje macam kotak tak perlu nak design yg canggih2, tingkap pun cuma ada 2 or 3 aje,tapi selalu bertutup disebabkan habuk. Tapi bagi yg berkemampuan keadaan rumah mereka agak cantik dan nampak selesa. Sekarang di Bandar Abbas cuacanya tidak begitu baik dgn keadaannya yg berabuk,panas dan kelembapan yg tinggi. Penuh dgn debu, kalau buka tingkap akan terasa bahang hangat yg masuk. Lubang hidungpun blh penuh dgn debu...hehehehe.


Pokok2 kurma sekarang ini tengah berbuah ranum dan menunggu masa untuk di petik. Wassalam.

Jun 20, 2008

Qeshm Island, Hormozgan Province.Iran





Qeshm Island terletak berhampiran dengan Bandar Abbas, kira-kira 30min kalau guna bot laju. Ianya merupakan pulau bebas cukai..tp kebanyakan barang2 disini "made in China". Semasa kami pergi menggunakan bot laju..tapi bila nak balik ke tanah besar menggunakan bahtera kayu..slow 1 1/2 jam baru sampai. Pengalaman yg berharga...layannn..

Jun 18, 2008

Gaya Khayrin..

Posted by Picasa

Jun 17, 2008

Najwa & Alif

Posted by Picasa

To be a champion..



Posted by Picasa

Senyuman Zik..

Posted by Picasa

My nephew

Aliff
Amin
Wahida
Aiman
Aqasha


Irfan