Hari ni mcm hari2 biasa. Tapi hari ni hati ibu berbunga riang sbb abah nak balik...ibu mmg ambik timeoff saja nak balik awal. Rumah kena lah kemas...biasa le kan buah hati pengarang jantung nak balik. Tgh tu ibu ajak Nad pg ke Petaling Street saja konon2 nak pg cari bunga..hehehehe...kuar dr opis agak awal sbb konon2nya tak nak jalan jem. Tau2 aje lah KL ni. Kul 12tgh dh kuar opis. Ibu saja try ikut Jln Dewan Bahasa tu sbb sbl ni mmg tak pernah try ikut situ pun. Emm...jln tgh buat stuck sikit le kat dpn DBP tu. Smp kat t/light tu ibu tersilap masuk simpang dh menuju ke arah jln blk semula ke Petaling Jaya. Patutnya ibu terus aje lalu jln Hang Tuah tu. Ibu blh tanya Nad Jln Petaling tu Petaling Street kan...ayooo...ibu dh confius.
Terpaksa lah ibu berpusing lalu dpn Dataran, dpn Pudu baru lah smp ke Petaling Street. Mujur senang cari parking. Lawak pun ada bila Nad kata pelapik tumit kasut dia tercabut sbb terselit kat celah jln raya..hehehe..ibu gelak. Lpa tu nak jd cerita plak penyokong cerminmata hitam & putih ibu blh patah...aduss.... ada2 jek hari ni. Lepas siap2 beli bunga ibu & Nad pun blk le...
Hah...sinilah bermulanya semuanya hari ini dlm sejarah...masa nak keluar dr Jln Petaling tu sure kena lalu jln sblh Bus Stand Klang tu..biasa le jln tu sentiasa sibuk....ada van kelabu berenti dpn kete ibu so ibu pun bg signal ke kanan sbb nak overtake van kelabu tu. Sekali ibu baru gerak van tu pun gerak so ibu pun nk masuk semula le ke kiri...baik ibu lepas toleh kanan & nak toleh ke kiri aje Nad menjerit kata 'k.ina org' ibu punya lah t erkejut trs break. Bila ibu tgk dh ada org kat penjuru kiri dpn kereta ibu. Ya! Allah...punya lah panic, ibu dh langgar org ke. Ibu pun trs tarik handbreak & turun tgk mamat Nepal tu. Betul dh terdencut2 mamat tu. Ibu pun trs bw dia ke klinik. Sampai klinik kat Jln Brickfield tu doc kata maybe x patah tp need to be x-ray. Ibu tak dpt hantar mamat Nepal tu sbb nak anto Nad blk semula ke opis. Ibu settlekan semua bil klinik dia & bg dia duit utk tambang teksi & xray. MMg hari ini dlm sejarah . Blank kejap otak ibu & Nad...kopak juga lah ibu. Dh le tu mamat Nepal tu x reti nak ckp BM, BI lg hampeh...dh jd mcm ayam & itik..adus...Tp doc. tu kata pd ibu dia kata 'baik u nak hantar dia ke klinik, sbb biasa stg org x kan hantar, biar aje'. Ibu kata maybe coz i'm lady kot,x pe lah base on kemanusiaan...lg pun salah mamat Nepal tu sbb nak melintas x tgk kiri kanan main jalan aje ....
Bila dh settle semua sekali nk blk tu ibu baru rasa mmg terkejut & baru blh nak menangis...sedih & takut semua ada...Nad terdiam aje kt sblh ibu..mujur ibu msh ok utk drive tp mcm fobia kejap le.Alamak bos plak tepon. Nad x blh nak bohong cite le...x lama si Fendy plak call tanya ibu ok ke x..mekasih le my friends...K.Ju pun t el...emmm..abg cepat lah balik...
Ptg td nurse klinik tu call ibu dia kata kaki mamat Nepal tu patah...adus...mak..ai..kuat tu...
May 22, 2008
Today is not my day
Posted by Zamry at Thursday, May 22, 2008 0 comments
Labels: Memory
May 8, 2008
Konvo Budi
Posted by Zamry at Thursday, May 08, 2008 0 comments
Labels: Family
May 5, 2008
5/5/97 - 5/5/08 ( Tarikh Keramat)
Posted by Zamry at Monday, May 05, 2008 0 comments
Labels: Memory
May 1, 2008
Busy Day
Salam.
Nampaknya abah dah mula menulis semula....bagus le...last week merupakan hari yg cukup mencelarukan & menyesakkan minda ibu...emmm..biasa le exam week...mcm tu le. Tapi entah kenapa sem. ni ibu rasa mcm hilang confident...mcm tak tahu apa yg dibelajar & blur...hari-hari asyik call abah, biasa le hujan tak tinggal, sian abah sbb asyik dengar keluhan dari ibu aje...sorry abah..abah le tempat ibu mengadu. Bila mcm ni I wish u'r here to support me...tp apakan daya ibu kenalah terima seadanya...cuma harapan moga2 ibu akan lulus...emm...psl exam? biasa le abis ibu goreng smp hangus...nasib le janji lepas, dh malas nak pikir2kan lg.
Bila naik keje biasa le, dh 1 week tinggal byk btl TT yang nak diperbetulkan...emmm..jgn region buat hal udah le, kang ada yg makan email free aje...mcm ni le adanya kehidupan ibu...hari2 penuh dgn aktiviti yg entah apa2 aje...tp insya'allah ibu ada projek baru...apa? nanti ibu beritahu...
Tp ibu heran lah...knp ada manusia yg terlalu hipokrit pd diri sdn, bila org lain tahu yg dirinya tu hipokrit tak terima pula. Emmm...salah siapa ye? entah le...mungkin mmg mcm tu adatnya manusia. Ingin org lain mengetahui yg dirinya itu adalah baik, sempurna & hebat. Tapi bila org lain telah mengetahui siapa dirinya yg sebenar tak terima pula, marahkan org yg bercakap. So kalau tak nak org lain bercakap jangan lah buat sesuatu yg boleh menyebabkan org lain bercakap. Jujur pada diri sdn, masyarakat & yg penting pd Allah & agama. Jgn lakukan sesuatu atas alasan & kepentingan diri sdn. Berpura2 ingin menjadi yg terbaik tp pada masa yg sama dia menjadi dirinya yg asal. Mcm mana ye tu? Tak salah utk berubah menjadi baik tp biarlah kebaikan itu selari & berterusan dgn apa yg dilihat, bkn depan lain belakang lain. Tapi knp mesti takut kalau benda tu betul? Biasanya org akan takut kalau benda yg dilakukannya itu salah x kiralah salah disisi siapa & apa sekali pun. Kalau dh tahu mcm tu lain kali jgn lah beri org lain lihat atau tahu, so dosa dipihak pembuat aje. Kalau dh mcm ni dosanya jadi berangkai.Emmm....silap siapa ye? Bukannya masa untuk menundingkan jari kepada org yg melihat tp cuba cermin & muhasabah diri sdn dulu, betul ke tidak. Kalau betul knp org bercakap & kalau tak betul knp org juga bercakap....tepuk dada tanya iman & akal...
Kesian, memang kesian pada orang2 seperti ini, seolah2 takut pada bayang2 diri sdn. Mencipta & melakukan sesuatu atas kehendak & kerakusan diri sdn tanpa memikirkan kesannya & tanggapan org lain. Jika ingin berubah biarlah berubah keseluruhan & penuh keikhlasan bukan kerana terpaksa atau berpura. Kalau mcm tu baik tak payah. Kesian pada agama Islam krn umatnya sdn yg merosakkan kesucian agama Islam itu sdn. So mcm mana musuh2 Islam nak respect pd Islam kalau dilihat umatnya sdn yg menghancurkannya...biarlah...berani kerana benar & takut kerana salah. Salah ke jika kita berkata atau menegur sesuatu yg sememangnya tak betul? kalau tak blh terima teguran jgn lah hidup bermasyarakat. Ibu selalu ingat pesan arwah abah, abah selalu kata 'kalau tak boleh berkawan, bergurau & ditegur, jgn duduk dgn masyarakat, duduk dlm hutan sana kawan dgn monyet2'...itulah ckp2 arwah abah bila masa ibu kecik dulu...tapi ada betulnya ckp2 tu...masa kecik mmg le kita rasa ayat tu mcm menyakitkan hati. Tp bila dh besar & dh berfamily sdn ni baru kita terpikir...itulah ckp2 org tua yg kdg2 kita rasa sbg satu leteran tp bila 'mereka' dh tak ada baru kita terasa ckp2 'mereka' itu ada betulnya...
Biarlah, apa mereka nak ckp atau anggap itu hak mereka. Kita berada dilandasan yg betul selagi kita tidak menceroboh atau memporak perandakan kehidupan mereka...selemah2 iman hanya mampu berckp pd diri sdn. Bukan tak blh ckp dpn cuma demi kebaikan, takut tersilap ckp dikatanya kita ni busy body, tak blh tgk org senang. Entah le...moga2 ada kesedaran & sekelumit iman dihatinya utk melihat kebenaran & indahnya islam itu yg sebenarnya...
Posted by Zamry at Thursday, May 01, 2008 0 comments
Labels: Nothing