Apr 21, 2008

Bandar Abbas

Salam dari Iran..dah lama tak cerita dlm blog ni,salah satu penyebab adalah kerana internet kat Bdr.Abbas ni slow dan selalu putus2. Tu yg malehhh jadi nya.Untuk isteri tersayang terima kasih byk2 kerana telah mengisi ruang2 yg selama ini kosong...love u. Oklah,sekarang ni aku memang dah di "posting" kan ke Daerah Hormozgan, Iran dan bandar utamanya di panggil Bandar Abbas terletak di tepian lautan Teluk Parsi. Dlm bahasa Parsi "Bandar" itu bemaksud "Pelabuhan". Memang pun Bandar Abbas ni merupakan pelabuhan utama untuk Iran. Sentiasa sibuk dgn kapal2 dagang dan lori2 yg besar dtg dan pegi memunggah barang import & eksport.
Sekarang ini musim panas dah nak bermula..memang panas,kering dan berdebu. Munkin bermula bulan May suhu akan mencecah sehingga 48 darjah..panas tuu.Sekarang ni pun dah tak tahan panasnya kalau pg site.Dengan projek kat sini pun dah jadi carca marba buat kan aku jadi hangat lg.
Di Bandar Abbas ni byk kelainan cara pakaian wanitanya..berbeza dgn daerah2 yg lain.Kebiasaannya wanita Parsi di daerah lain selalu memakai jubah berwarna hitam, tetapi disini ramai yg berjubah berwarna-warni dan berbunga.Ada juga yg memakai topeng kebanyakan bg wanita yg sudah berkahwin.Warna kulitpun berbeza..ada yg gelap dan ada yg cerah.Di Bdr Abbas terdapat ramai yg mengikut sunnah dan terdapat masjid2 khas utk golongan sunnah shj.
Sekarang aku menginap di Hotel Homa yg disediakan oleh company aku “Ericsson”. Oklah hotel ni hampir cukup kemudahan yg disediakan. Masa mula2 menginap dulu aku dan Kamalrul masak dlm bilik cuma menggunakan rice cooker aje, tp sekarang kami dah ada dapur elektrik dan blh masak mcm2.
Tentang keja sekarang ni banyak yg memeningkan kepala, dengan material yg tak cukup,civil yg tak siap dan kontraktor2 yg susah nak faham. Projek Manager kat sini pun amat memeningkan aku dah kawan aku (Kamalrul). Semua masalah ini berpunca dari material untuk installation yg selalu tak cukup. Terpaksa buat cara Mc Gyver demi untuk “on kan” juga site baru dan untuk archive target juga untuk buatkan Project Manager gembira.Emm…layannn jelah, oklah nanti aku sambung lg..insyaallah.

0 comments: